Friday, September 28, 2012

Sebab Tak Perasan

Semalam masa perjalanan balik dari Kelantan sebab kononnya buat lawatan 5S kat Jabatan Akauntan Negara Negeri Kelantan dan Amanah Raya (padahal niat sebenar semua nak ke Rantau Panjang), aku telah buat sesuatu yang pelik.

Setibanya kami di stesyen minyak (Esso kalau tak silap) sebab nak solat Isya' + Maghrib pada jam 9pm++, aku dengan secara tak sedar telah sembahyang bukan mengadap kiblat. Haha. Lepas ambik wudhu', aku terus masuk surau, tanggal kacamata, bentang sejadah, terus je solatnya. Bila dah habis isya', Faisal tegur sebab aku tak ngadap kiblat pun. Kiblat kat blakang aku.

Damn! Macam mana pulak boleh tak perasan. Malu I tau.. Haha. Tapi takpe, pengajaran buat aku. Lepas ni cek dulu kiblat arah mana baru solat. Ni memandai je. Kan dah kena solat 2x.

Kwang kwang!

Monday, September 24, 2012

Marah Day

Weee... Harini aku telah dimarah oleh seorang Juruteknik Kanan J22 (bukan seksyen aku)  di hadapan 5 orang staf yang mana katanya bahasa aku pedas, tak jaga hati orang lain, tak fikir perasaan orang lain. Lepas tu siap tambah yang aku selalu nak kenakan dia. Siap dia kata dah lama dah dia nak marah aku dari dulu lagi (dia bawah seksyen aku sebelum ditendang keluar ke seksyen lain).

Tersentap aku. Entah apa punca tetiba marah. Pakcik ni dah lah lagi 2 tahun nak pencen. Kira dah lamalah dia ni kerja. Sepatutnya lebih profesional. Pada aku macam orang tak ukur baju di badan sendiri. Aku tak kisah kalau nak tegur / marah. Tapi bukan depan orang lainlah. Lets do it professionally. I'm 27, and you lagi 2 tahun nak pencen. Buat malu je dekat diri sendiri.

Ceritanya bermula bila aku menolong budak-budak KIK untuk siapkan slide pembentangan mereka. Masa tu pakcik tu memang dah ada konon untuk bagi pendapat lah. Tapi satu pendapat pun tak bagi. So aku pun asyik bagi pendapat. Bila aku tanya / budak KIK tanya dia, jawapannya "OK". So aku pun gurau lah "asyik Ok je, bagilah pendapat sikit".. Then dia pun duduk jauh sikit dari aku. 

Then aku pun dah puas membantu dan nak keluar, then ditahan budak KIK untuk tolong sikit lagi. So aku pun tak keluar. Masa tu, pakcik ni tengah kusyuk baca buku KIK kumpulan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK - Johan Negeri). Bila sekali lagi budak-budak KIK ni tanya dia, dia senyap. Macam ada dengar bunyi OK. Aku pun gurau lagi "tu baca buku MPK, tahun depan nak jadi fasilitator lah tuu..." (dalam nada gurau). Terus dia marah aku sebagaimana di atas. Aku ingatkan dia cakap apa sebab tak jelas (dia cakap memang tak selalu jelas). Then budak-budak lain senyap. Baru aku paham dia marahkan aku rupanya. Terus dia bangun dan campak buku tu atas meja. Then blah. 

Aku jadi terkedu. Tetiba marah? Tanpa sebab? Dah lama dendam? Kenakan dia sokmo? Bahasa aku pedas dan menyakitkan hati? "pakcik, tolong buka mata ye, kalau bahasa saya pedas dan selalu saya menyakitkan hati, takdenya ramai staf suka lepak bilik saya. Takdenya majoriti staf tanya pendapat saya. Takdenya majoriti staf berani bergurau dengan saya".

Bila aku tanya orang lain, semua pun tak tahu. Yang paling dorang suka "dah lama dah dia nak marah aku dari dulu lagi". Entah bilanya aku cari pasal pun aku tak tahu. Untuk sedapkan hati aku, dorang kata "mungkin dulu dia takleh terima aku sebagai bos sebab aku masa mula-mula masuk kerja dulu sangat muda (umur 23 tahun)". Atau mungkin dia ada masalah lain dan gurauan aku pencetus / kemuncak kemarahan dia. Pada aku dia sebenarnya "period". Atau PMS.

Dulu aku sangat respect sebab kau J22 (kanan) dan kau senior dan kau dah nak pencen. Sekarang? To hell with the respect. Go and live in your own world kalau nak bergurau pun tak boleh. Hiduplah sendirian sampai tua.

Okay, habis. 

p/s: kalau ada masa aku akan balas balik ke pakcik tu. Tungguuuu...

Friday, September 21, 2012

#2 Ujikaji Sebulan

Eh, aku lupa yang aku ada bagitahu aku akan cuba update ujikaji ni secara mingguan. Harini dah 20.9.2012. Last update was on 5.9.2012. Almost 2 weeks baru sibuk nak update. Teruk betul. Mujur aku guna perkataan "cuba". Kan? Haha

For the first week, keputusannya sangat teruk. I lost 0 kg. I mean, seriously? I took only lunch as recommended. Kecik hati eden. Then last week (13-16.9.2012) tak dapat ikut sangat ujikaji tu sebab ada hal. So dalam tempoh 4 hari, aku makan macam biasa. Pagi/tghari/petang/malam. Frust kot dengan result first week. 

Then aku continue balik dengan ujikaji tu sebab aku dah bagi tajuk untuk sebulan. Janji ditepati sangat! Harini aku timbang dan keputusan as follows:

Tarikh : 20.9.2012
Berat : 76.5 kg
Status : - 2 kg

Yeah! Akhirnya ada kesan lepas aku tukar cara pengambilan produk tu. Atas inisiatif sendiri tuuu. Okay chow sebab nak tengok TV pulak. Duhhh!

Tuesday, September 4, 2012

#1 Ujikaji Sebulan

Dari 2 - 4 September aku telah ke Putrajaya bagi menghadiri Majlis Hari Raya peringkat ICU JPM yang mana negeri aku (bajet negeri sendiri) telah ditugaskan untuk menghidangkan keropok lekor, keropok keping, dan sate.

Ya, tugas yang agak mencabar. Dari hari pertama kami sampai sehingga tamat majlis pada 4.9.2012. dari sesi setting table, dekorasi dan pelbagai lagi sehingga kepada sesi mengemas dan membersihkan semua kawasan itu. Pergh, sakit kaki aku. Lenguh ya amat!

Mujur kami menginap hotel Palm Garden. Boleh relax sikit. Pagi tadi aku dengan selamba pergi ke sauna buat pertama kali. Aku rasa dalam jam 9.35am. Kosong je sauna tu. Aku sendirian bersauna sehingga peluh tak henti-henti nak keluar dari badan aku. Aku rasa kalau ditadah peluh tu, mau dapat setengah gelas. Haha.

Harini juga time balik dari Putrajaya menuju ke Kuala Terengganu aku singgah kejap di Sri Petaling sebab nak beli satu produk. Aku nak buat ujikaji selama sebulan ke atas produk ni. Produk ni untuk turunkan berat badan. Ya, aku kena buat sesuatu pasal berat badan aku. BMI dah naik ke 29. Tinggi aku sekarang ni 164cm dan berat 78.5kg. Maknanya nak capat tahap obese. 

Damn! So, bermula esok hingga 5.10.2012 (sebulan) aku nak tengok samada berat aku dapat turun atau tak. Aku tahu susah, tapi kena cuba.

Jadi sebagai permulaan, aku pun timbang berat badan aku sebagaimana di bawah. Aku akan cuba update secara mingguan. Tengok berkesan ke tidak.

Tarikh : 5.9.2012
Berat : 78.5kg

Gift from my wife. Thanks sayang!

Siap beli penimbang lagi tu...

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-55!

In less then a week, kita akan celebrate Hari Merdeka yang ke-55. Selamat Ulang Tahun MALAYSIA! Bagi nak menyambut kedatangan hari Merdeka, banyak agensi sekarang tengah giat latih berkawad. Bajet nak participate dan boleh menang. Termasuk juga Pejabat aku.

Pagi ni depa berlatih di Batu Buruk dari jam 8.15am - 9.30am. Hasilnya? Masih lagi berterabur sebab kebanyakannya baru pertama kali join. Takpe, depa dimaafkan. Then depa buat sekali lagi latihan petang tadi di aras U2, Wisma Darul Iman. Kalau dah dasar orang melayu, apa yang diajar pagi tadi terus lesap. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dang! Masih berterabur. 

Ke kanannnnnn Lurus!
Tapi takpelah, yang penting semangat kemerdekaan tu ada. Aku tarik diri sebab malas nak berkawad. Lagi pun my wife is in da house on 31st of August. Baik enjoice dengan bini. Haha.

Sekarang mari kita tengok logo kemerdekaan kali ini. Aku tak rasa logo ini awesome langsung. Serius! Tengok jelah. Macam hasil kerja Copy and Paste je. Sangat simple. Takde nilai-nilai kreativiti langsung. Tapi nak buat macam mana. Dah itu yang dipilih. Kita as citizen wajib follow je. 

Like, Duuuhhh?
Sekarang plan nak beli bendera pulak. Konon nak sahut saranan kerajaan. Haruslah aku support. Aku kan rakyat Malaysia? Anda bagaimana?

Sunday, August 26, 2012

Yay, SELAMAT KEMBALI KERJA!

Akhirnya, setelah aku bercuti hampir seminggu, aku pun kembali untuk bekerja seperti biasa. Alhamdulillah selamat sampai ke Felda Jerangau (nenek wify) semalam petang jam 4.30pm. Bertolak dari Shah Alam jam 11.30am. Aku bawak kereta sangat slow macam siput. Tu pasal lambat sampai.

Persetankan! Yang penting selamat. Haha. So i took an overnight there sebelum balik ke Kuala Terengganu this morning. Ingatkan ramai dah yang datang kerja, rupanya masih ramai lagi yang ada mood beraya. Kerja sambil lewa. Aku je gigih. Ahaks!

Bergambar di depan rumah boyot a.k.a moyang. Very semangat kedesaan!
Tengah godek-godek gambar, then terjumpa gambar ini. Geram dengan kucing ni sebab comel sangat pose masa tengah berehat-rehat. Siap julur kaki lagi. Kau ingat kau chantique? Haha! So adorable!

Julur kaki pose 1
Julur kaki pose 2
Terbongkang? Terlalu kenyang makan kuih raya?
Kepada yang dah kembali bekerja tu, sila abaikan mood beraya. Kerja kerja kerja. *pergi pantry buat milo*

Wednesday, August 15, 2012

Macam ni pun ada? #3

Sekali lagi aku ke Hulu Terengganu bagi menyertai Program Cakna Ramadhan. Program ni anjuran pejabat aku dengan kerjasama orang perseorangan untuk kononnya mengurangkan sikit beban orang miskin bagi menyambut raya dengan cara memberi sumbangan berbentuk makanan. Tapi itu bukan isunya di sini. Apa yang penting adalah makna tajuk thread ni.

Setakat ni, aku perasan kat Hulu Terengganu ni banyak betul nama pelik-pelik. Tak percaya? Cuba tengok kat bawah.

Tengok? Apa jadah bagi nama gini. Debor orang luar nak datang

Yang ni pulak macam terkurang huruf 'N'. Kan? Haha

Patutnya bagilah nama yang cantik-cantik sikit. Baru sedap orang nak sebut. Hikhik. Apapun, memandangkan raya nak menjelang tiba, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jumpa lagi lepas 2 minggu!

Tuesday, August 14, 2012

Berapa berat yang anda turun?

Ingatkan puasa ni nak achieve 2 in 1 goal. Satu nak berpuasa, dan satu lagi nak turunkan berat badan. Nampak gaya, penurunan berat badan tu berlaku, tapi tak macam yang aku harapkan. Dari mula puasa sampai sekarang, aku cuma turun 2kg. Seriously, 2 kg! Aku dah control dah makan, sahur pun makan cereal yang memang khas untuk diet dan low fat milk, yet tetap tak mencapai sasaran.

Kala ini aku mula berfikir, no wonder susah gila babas aku nak turun berat badan time bukan bulan puasa. Aku dah sungguh-sungguh control makan, yet berat tetap naik. Fed up pun ada. Dang!

Takpe, esok lusa nak try beli sesuatu. I mean "sesuatu" yang membantu aku menyihatkan badan. Agak sedikit mahal, tapi rasanya berbaloi kot cuba. Kawan aku try "sesuatu" tu dan hasilnya dapat buang 18kg dalam 3 bulan. Macam dapat buang 2 beg beras 10kg setiap satu. I am so inspired!

*mula menabung sikit-sikit*

Friday, August 10, 2012

Ri Yaz Heritage Resort and Spa

Semalam aku telah beriftar di Ri Yaz Heritage Resort and Spa di Pulau Duyung dengan sebahagian kecil officemate. Dan semalam ada kumpulan Rabbani datang untuk buat persembahan selama 2 hari dari 8 - 9 Ogos. Patutlah harga mahal.

Biasanya dia charge RM56++ je sekepala. Semalam kena RM65++ sekepala. Mahal ke murah? Pada aku kira okaylah. Asalnya nak ke Hotel Seri Malaysia sebab dia charge murah je RM37++. Tapi dah full sampai next week. Dang!

The best part is, tempat ni tak crowded sangat macam kat hotel-hotel lain. Kiranya, senanglah kalau nak jalan-jalan ambik makanan. Makanan sedap-sedap pulak tu. Macam biasa, tempat pertama aku tuju adalah kawasan daging kambing. Haha.

Gambar sedikit blur. Dasar tangan parkinson!

Gambar aku org lain snap. Tak blur pulak! Cis..

Tinggal lagi seminggu lebih sikit je nak berpuasa. Lepas tu kita akan menyambut raya. Kejap je rasanya kan? Hish..

Wednesday, August 8, 2012

Tidur dan tidur #2

Sekali lagi, aku berjaya snap gambar anak buah aku yang sorang ni di mana hobi beliau adalah tidur (rujuk entry lepas). Aku snap gambar ni pada hari yang dalam tempoh masa tak sampai sejam!

Can you guys believe it? Aku kagum dengan manusia yang amat mudah untuk tidur walau di mana beliau berada. Serius, aku jeles!

Gambar ni dalam bilik aku pada jam 1.30pm

Gambar ni pulak aku snap dalam bilik TA aku pada jam 2.15pm

Kewl betul gaya tidur. Kalau aku dapat ambik gambar time dia tidur dalam kereta kan best. Takpe, akan aku usahakan! Go go Malaysia Boleh!