Sunday, August 26, 2012

Yay, SELAMAT KEMBALI KERJA!

Akhirnya, setelah aku bercuti hampir seminggu, aku pun kembali untuk bekerja seperti biasa. Alhamdulillah selamat sampai ke Felda Jerangau (nenek wify) semalam petang jam 4.30pm. Bertolak dari Shah Alam jam 11.30am. Aku bawak kereta sangat slow macam siput. Tu pasal lambat sampai.

Persetankan! Yang penting selamat. Haha. So i took an overnight there sebelum balik ke Kuala Terengganu this morning. Ingatkan ramai dah yang datang kerja, rupanya masih ramai lagi yang ada mood beraya. Kerja sambil lewa. Aku je gigih. Ahaks!

Bergambar di depan rumah boyot a.k.a moyang. Very semangat kedesaan!
Tengah godek-godek gambar, then terjumpa gambar ini. Geram dengan kucing ni sebab comel sangat pose masa tengah berehat-rehat. Siap julur kaki lagi. Kau ingat kau chantique? Haha! So adorable!

Julur kaki pose 1
Julur kaki pose 2
Terbongkang? Terlalu kenyang makan kuih raya?
Kepada yang dah kembali bekerja tu, sila abaikan mood beraya. Kerja kerja kerja. *pergi pantry buat milo*

3 comments:

alien said...

Felda Jerangau?
oh, aku pernah ke sana~

iSz said...

yes mr annas. rumah mak kepada my mom in law. hehe

wani ezryl * said...

nenek in law lah! haha