Dari 2 - 4 September aku telah ke Putrajaya bagi menghadiri Majlis Hari Raya peringkat ICU JPM yang mana negeri aku (bajet negeri sendiri) telah ditugaskan untuk menghidangkan keropok lekor, keropok keping, dan sate.
Ya, tugas yang agak mencabar. Dari hari pertama kami sampai sehingga tamat majlis pada 4.9.2012. dari sesi setting table, dekorasi dan pelbagai lagi sehingga kepada sesi mengemas dan membersihkan semua kawasan itu. Pergh, sakit kaki aku. Lenguh ya amat!
Mujur kami menginap hotel Palm Garden. Boleh relax sikit. Pagi tadi aku dengan selamba pergi ke sauna buat pertama kali. Aku rasa dalam jam 9.35am. Kosong je sauna tu. Aku sendirian bersauna sehingga peluh tak henti-henti nak keluar dari badan aku. Aku rasa kalau ditadah peluh tu, mau dapat setengah gelas. Haha.
Harini juga time balik dari Putrajaya menuju ke Kuala Terengganu aku singgah kejap di Sri Petaling sebab nak beli satu produk. Aku nak buat ujikaji selama sebulan ke atas produk ni. Produk ni untuk turunkan berat badan. Ya, aku kena buat sesuatu pasal berat badan aku. BMI dah naik ke 29. Tinggi aku sekarang ni 164cm dan berat 78.5kg. Maknanya nak capat tahap obese.
Damn! So, bermula esok hingga 5.10.2012 (sebulan) aku nak tengok samada berat aku dapat turun atau tak. Aku tahu susah, tapi kena cuba.
Jadi sebagai permulaan, aku pun timbang berat badan aku sebagaimana di bawah. Aku akan cuba update secara mingguan. Tengok berkesan ke tidak.
Tarikh : 5.9.2012
Berat : 78.5kg
Gift from my wife. Thanks sayang! |
Siap beli penimbang lagi tu... |
1 comment:
wah siap ada penimbang sendiri! way to go! semoga sukses!
Post a Comment