salam semua!
buat pembaca-pembaca di luar sana, ayuh kita masuk ke dalam. hujan di situ! nah, ambil payung ini! aku dah mula merepek. hujan sejak semalam menjadikan suhu di bandar kuala terengganu sedikit sejuk. hujan turun renyai-renyai selama 24jam dan ini amat mengujakan penidur-penidur yang gemar untuk tidur berbanding berjaga.
aku sepatutnya pergi ke kuantan pada hari ini bersama firdaus dan hakim dengan menaiki kereta viva 1000cc milik firdaus yang bernombor plat JLB 6130. malam tadi, aku bertanya kepada firdaus untuk mendapatkan kepastian. lebih kurang berbunyi begini;
aku yang seksi (AYS): eh, esok nak gi kuantan jam berapa?
firdaus: awal pagi lah.
AYS: kalau pukul 10 ok tak?
firdaus: lewat sangat tu. pukul berapa nak sampai sana nanti. baik gi awal sikit.
AYS: then? pukul 8.30? ko boleh ke bangun awal time cuti ni?
firdaus: boleh. dalam pukul 9 saya sampai umah cik is.
AYS: ok.
keesokannya, aku bersiap seawal 8 pagi kerana menjangka firdaus akan tiba tepat 8.30 pagi. jam berputar ke pukul 9 pagi. aku mengambil keputusan untuk bersarapan dahulu bersama hafiz di batu buruk sementara menunggu firdaus. semasa bersarapan, aku cuba menghubungi firdaus berjuta-juta kali, tapi tak berjawab.
apabila jam menunjukkan jam 10.40 pagi, aku pun cuba menghubungi beliau untuk terakhir kali. tetap juga tidak berjawab. aku pun berputus asa.
kemudian, sekitar jam 11.40 pagi, firdaus menghubungi aku, bertanyakan kepada aku samada mahu pergi atau tak ke kuantan dengan nada baru bagun tidur. terus aku sumpah seranah dalam hati. *tak guna betul, aku cadang bertolak pukul 10 pagi, dikatanya lewat, last-last dia pulak yang bangun lambat*. jawapan aku, tak nak! haha.
sekitar jam 12 t/hari, hakim sms aku mengajak aku membuang masa bersama beliau pada petang hari. aku pun bersetuju. kemudian, pada jam 3.50 petang, sekali lagi hakim sms aku untuk memberitahu beliau akan sampai ke rumah aku selepas asar. aku pun tunggu.
kemudiannya, si firdaus menelefon aku pada jam 4.15 petang mengajak aku makan pizza hut. gaya bercakap seolah-olah dah bergerak ke rumah aku. aku setuju jugak. sehingga jam 5 petang, firdaus tak juga muncul. hakim akhirnya muncul dahulu pada jam 5.10 petang dan membawa aku ke wakaf tengah untuk sesi memakan ikan celup tepung.
kesimpulannya, aku habiskan petang ini sehingga malam bersama hakim. abaikan si firdaus sebab tak tepati janji. haha

ini hanyalah iklan kereta yang aku tangkap gambarnya ketika mahu keluar ke besut, sungguh sporty dan bergaya persona itu. tapi, comel lagi kelisa aku. haha.

kawasan pantai di wakaf tengah. ombak sangat dahsyat dan kuat.

hanya tulang ikan yang tinggal untuk tatapan korang. lolx!

itu si tukang belanja; hakim.
thanks encik hakim!
kesudahannya, aku bloating sampai malam sebab terlalu kenyang. rasa nak meletup je perut ni sebab penuh dengan makanan.