Semalam aku telah beriftar di Ri Yaz Heritage Resort and Spa di Pulau Duyung dengan sebahagian kecil officemate. Dan semalam ada kumpulan Rabbani datang untuk buat persembahan selama 2 hari dari 8 - 9 Ogos. Patutlah harga mahal.
Biasanya dia charge RM56++ je sekepala. Semalam kena RM65++ sekepala. Mahal ke murah? Pada aku kira okaylah. Asalnya nak ke Hotel Seri Malaysia sebab dia charge murah je RM37++. Tapi dah full sampai next week. Dang!
The best part is, tempat ni tak crowded sangat macam kat hotel-hotel lain. Kiranya, senanglah kalau nak jalan-jalan ambik makanan. Makanan sedap-sedap pulak tu. Macam biasa, tempat pertama aku tuju adalah kawasan daging kambing. Haha.
Gambar sedikit blur. Dasar tangan parkinson! |
Gambar aku org lain snap. Tak blur pulak! Cis.. |
Tinggal lagi seminggu lebih sikit je nak berpuasa. Lepas tu kita akan menyambut raya. Kejap je rasanya kan? Hish..
No comments:
Post a Comment