Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-55!

In less then a week, kita akan celebrate Hari Merdeka yang ke-55. Selamat Ulang Tahun MALAYSIA! Bagi nak menyambut kedatangan hari Merdeka, banyak agensi sekarang tengah giat latih berkawad. Bajet nak participate dan boleh menang. Termasuk juga Pejabat aku.

Pagi ni depa berlatih di Batu Buruk dari jam 8.15am - 9.30am. Hasilnya? Masih lagi berterabur sebab kebanyakannya baru pertama kali join. Takpe, depa dimaafkan. Then depa buat sekali lagi latihan petang tadi di aras U2, Wisma Darul Iman. Kalau dah dasar orang melayu, apa yang diajar pagi tadi terus lesap. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dang! Masih berterabur. 

Ke kanannnnnn Lurus!
Tapi takpelah, yang penting semangat kemerdekaan tu ada. Aku tarik diri sebab malas nak berkawad. Lagi pun my wife is in da house on 31st of August. Baik enjoice dengan bini. Haha.

Sekarang mari kita tengok logo kemerdekaan kali ini. Aku tak rasa logo ini awesome langsung. Serius! Tengok jelah. Macam hasil kerja Copy and Paste je. Sangat simple. Takde nilai-nilai kreativiti langsung. Tapi nak buat macam mana. Dah itu yang dipilih. Kita as citizen wajib follow je. 

Like, Duuuhhh?
Sekarang plan nak beli bendera pulak. Konon nak sahut saranan kerajaan. Haruslah aku support. Aku kan rakyat Malaysia? Anda bagaimana?

Sunday, August 26, 2012

Yay, SELAMAT KEMBALI KERJA!

Akhirnya, setelah aku bercuti hampir seminggu, aku pun kembali untuk bekerja seperti biasa. Alhamdulillah selamat sampai ke Felda Jerangau (nenek wify) semalam petang jam 4.30pm. Bertolak dari Shah Alam jam 11.30am. Aku bawak kereta sangat slow macam siput. Tu pasal lambat sampai.

Persetankan! Yang penting selamat. Haha. So i took an overnight there sebelum balik ke Kuala Terengganu this morning. Ingatkan ramai dah yang datang kerja, rupanya masih ramai lagi yang ada mood beraya. Kerja sambil lewa. Aku je gigih. Ahaks!

Bergambar di depan rumah boyot a.k.a moyang. Very semangat kedesaan!
Tengah godek-godek gambar, then terjumpa gambar ini. Geram dengan kucing ni sebab comel sangat pose masa tengah berehat-rehat. Siap julur kaki lagi. Kau ingat kau chantique? Haha! So adorable!

Julur kaki pose 1
Julur kaki pose 2
Terbongkang? Terlalu kenyang makan kuih raya?
Kepada yang dah kembali bekerja tu, sila abaikan mood beraya. Kerja kerja kerja. *pergi pantry buat milo*

Wednesday, August 15, 2012

Macam ni pun ada? #3

Sekali lagi aku ke Hulu Terengganu bagi menyertai Program Cakna Ramadhan. Program ni anjuran pejabat aku dengan kerjasama orang perseorangan untuk kononnya mengurangkan sikit beban orang miskin bagi menyambut raya dengan cara memberi sumbangan berbentuk makanan. Tapi itu bukan isunya di sini. Apa yang penting adalah makna tajuk thread ni.

Setakat ni, aku perasan kat Hulu Terengganu ni banyak betul nama pelik-pelik. Tak percaya? Cuba tengok kat bawah.

Tengok? Apa jadah bagi nama gini. Debor orang luar nak datang

Yang ni pulak macam terkurang huruf 'N'. Kan? Haha

Patutnya bagilah nama yang cantik-cantik sikit. Baru sedap orang nak sebut. Hikhik. Apapun, memandangkan raya nak menjelang tiba, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jumpa lagi lepas 2 minggu!

Tuesday, August 14, 2012

Berapa berat yang anda turun?

Ingatkan puasa ni nak achieve 2 in 1 goal. Satu nak berpuasa, dan satu lagi nak turunkan berat badan. Nampak gaya, penurunan berat badan tu berlaku, tapi tak macam yang aku harapkan. Dari mula puasa sampai sekarang, aku cuma turun 2kg. Seriously, 2 kg! Aku dah control dah makan, sahur pun makan cereal yang memang khas untuk diet dan low fat milk, yet tetap tak mencapai sasaran.

Kala ini aku mula berfikir, no wonder susah gila babas aku nak turun berat badan time bukan bulan puasa. Aku dah sungguh-sungguh control makan, yet berat tetap naik. Fed up pun ada. Dang!

Takpe, esok lusa nak try beli sesuatu. I mean "sesuatu" yang membantu aku menyihatkan badan. Agak sedikit mahal, tapi rasanya berbaloi kot cuba. Kawan aku try "sesuatu" tu dan hasilnya dapat buang 18kg dalam 3 bulan. Macam dapat buang 2 beg beras 10kg setiap satu. I am so inspired!

*mula menabung sikit-sikit*

Friday, August 10, 2012

Ri Yaz Heritage Resort and Spa

Semalam aku telah beriftar di Ri Yaz Heritage Resort and Spa di Pulau Duyung dengan sebahagian kecil officemate. Dan semalam ada kumpulan Rabbani datang untuk buat persembahan selama 2 hari dari 8 - 9 Ogos. Patutlah harga mahal.

Biasanya dia charge RM56++ je sekepala. Semalam kena RM65++ sekepala. Mahal ke murah? Pada aku kira okaylah. Asalnya nak ke Hotel Seri Malaysia sebab dia charge murah je RM37++. Tapi dah full sampai next week. Dang!

The best part is, tempat ni tak crowded sangat macam kat hotel-hotel lain. Kiranya, senanglah kalau nak jalan-jalan ambik makanan. Makanan sedap-sedap pulak tu. Macam biasa, tempat pertama aku tuju adalah kawasan daging kambing. Haha.

Gambar sedikit blur. Dasar tangan parkinson!

Gambar aku org lain snap. Tak blur pulak! Cis..

Tinggal lagi seminggu lebih sikit je nak berpuasa. Lepas tu kita akan menyambut raya. Kejap je rasanya kan? Hish..

Wednesday, August 8, 2012

Tidur dan tidur #2

Sekali lagi, aku berjaya snap gambar anak buah aku yang sorang ni di mana hobi beliau adalah tidur (rujuk entry lepas). Aku snap gambar ni pada hari yang dalam tempoh masa tak sampai sejam!

Can you guys believe it? Aku kagum dengan manusia yang amat mudah untuk tidur walau di mana beliau berada. Serius, aku jeles!

Gambar ni dalam bilik aku pada jam 1.30pm

Gambar ni pulak aku snap dalam bilik TA aku pada jam 2.15pm

Kewl betul gaya tidur. Kalau aku dapat ambik gambar time dia tidur dalam kereta kan best. Takpe, akan aku usahakan! Go go Malaysia Boleh!