Friday, July 20, 2012

R A M A D H A N

Ramadhan mulia akan menjelma lagi. Kalau dikira dari detik ketika blog ini ditulis, just left few hours for us (muslims) untuk berpuasa. Rasanya baru je tahun lepas kita sambut puasa dan raya. Tetiba dah datang balik.

Masa berjalan dengan sangat pantas bila dah dewasa. Dulu masa kecik-kecik, aku selalu kata "bilalah aku nak besar ni? Lambat betul rasanya!" And now? Haha. It turned the other way around.

Sempena nak berpuasa ni, last week dari hari Selasa - rabu, aku pun pusing-pusing jalan ke Setiu dan Besut atas nama naziran. Sedangkan aku buat 2 kerja dalam 1. Iaitu sambil kerja sambil jalan. Seronok! Boleh menginap hotel lagi tu. Haha. Aku sempat makan pulut durian yang Ahmad Azuan buat. Well, rasanya sangat sedap. Serious! 

Tak susah pun nak buat. Cuma perlu ada santan, durian, pulut, dan gula melaka. Tapi apepun, depends kat durian dia. Terus terang aku cakap, durian ini dari kg Lak Lok yang sangat sedap selepas Musang King. Rasa lemak manis + pahit. Sangat mengasyikkan.

Ini pulut durian aku. Thanks Azuan

Semalam pulak SUK sumbangkan kurma dan air zam zam untuk semua staff kerajaan. Siap ada gambar MB lagi pakai baju pink. Awww. Thanks MB!

Oh, ini pulak kurma dan air zam zam sumbangan SUK

Dan pagi tadi aku godek-godek peti sejuk jumpa ayam. Lalu aku lumur dengan BBQ sauce dan bakar dalam microwave. Muahaha. Nasib rasa ok. Balun sajaaaa!

My breakfast pagi tadi

Dan, SELAMAT BERPUASA kepada semua! Jangan tak puasa! Hehehe

Sunday, July 15, 2012

Tidur dan tidur

Well, aku ada satu cerita pendek yang nak diceritakan. Takdelah apa sangat pun, but then saje nak share. Ada sorang anak buah aku ni hobi dia tidur dan tidur saje. Kalau ada kesempatan, confirm boleh jumpa dia tidur.

Last week aku jumpa dia tidur di bilik bos aku. Apa jadah?! Nasib bos aku takde. Sungguh lena lah dia tidur. Nak dipendekkan cerita yang dah sedia pendek, kalau pergi site projek pun (budak ni juruteknik), confirm beliau akan ambik masa tidur bawah pokok. Banyak kali dah aku dengar cerita ni.

Kadang aku rasa kelakar. Kadang nak marah pun ada. Siap kat bilik penolong jurutera pun boleh dibantainya tidur. Aku kira dia ni macam Nobita dunia nyata. Tidur tidur dan tidur. Mujur kerja yang diberikan siap. Kalau tak...!

Tidur dengan tangan simpan dalam poket. *kewwwlll*

Thursday, July 12, 2012

Hobi Baru

Aku sekarang tetibe ada minat nak membela ikan kecil dan comel. Serius. Aku beli sekor ikan pelaga letak di ofis. Then, aku beli lagi satu akuarium (orang belanja) letak kat rumah. Aku beli 12 ekor ikan kecil-kecil harga RM10.

Memang nampak sangat comel. Malangnya, 8 ekor dah mati. Tak tahu macam mana boleh mati. Rasanya ok je. Air bersih, makanan selalu aku bagi. Sekarang tinggal 4 ekor. Sedih. 
Cantik tak? Cantik?


Anyway, ada masa aku topup lagi ikan-ikan ittew! *gedik*

Saturday, July 7, 2012

Dah takde keje

Ok. Taknak cakap banyak. Last week dari 29 Jun - 1 Julai telah diadakan Karnival Sukan di PERDA, Pulau Pinang. Aku tak masuk sukan. Sukan hanya untuk orang tak sihat je. Yang sihat macam aku duduk tepi sokong dan jerit-jerit.

By the way, aku sebenarnya pengurus bagi sukan Sepak Raga. Kau ada? Takde kan?! Haha. Apa yang tak best sepanjang karnival ini ialah kami duduk di rumah kongsi. I mean, seriously? 1 rumah duduk 8 - 10 orang. Rumah aku je dah 9 orang. Bergelimpangan rumah aku. Dengan TV takde, electric kettle takde. Sungguh macam orang bangla rasanya. Kedai makan jauh pulak tu. Ada satu team tu *boling* boleh duduk hotel. Straight 3 malam. Sungguh syok mereka.

Bukan bendera negeri aku. =(






Team Sepak Raga. Aku yang paling gojes sekali. =P
Tetiba mood nak makan kambing goreng pulak. Singgah Mydin beli kambing.

Kambing goreng + udang goreng. Habis makan, terus tido!

Makanya, bila takde orang yang nak datang sokong masa penyampaian hadiah tu, buat-buat pahamlah ye. Bukan taknak sokong, nak bagi pengajaran je. You all punya bajet untuk 14 orang menginap hotel 3 malam RM3200++. Bajet kami yang duduk setinggan seramai 30++ cuma RM800. Sungguh tak adil. Eh jap, tak johan pun yang duduk hotel tu. Hahaha