Monday, March 11, 2013

Seluar 3 Suku dan DPA

Alhamdulillah.

Akhirnya setelah berhari-hari seluar 3 suku aku menghilang, pulang juga mereka ke aku. Aku tak tahu, tapi aku terjumpa seluar tu dlam almari. Tersorok dari pandangan mata kasar. Terus aku buat kenduri doa selamat *tipu je*

Harini pulak bos aku bagitahu nak suruh aku tangguh DPA. Apa jadah kan? Sesuka je nak tangguh. Alasannya sebab nak pastikan ada backup kalau fiza pegi DPA. Kiranya, office ni nak suruh Fiza pergi DPA dululah. Then baru aku. Banyak cantik? Masuk 3 April ni, genap dah 3 tahun probation aku as PTD tetap. Harini baru aku tahu kena buat surat untuk dipanjangkan ke JPA. Kiranya macam surat rayuan pelanjutan lah.

Padahal, sepatutnya bukan salah kami dah. Sebab kami ikut prosedur. Cuma nak kena tunggu surat panggilan dari JPA je. Harapnya bulan 5 ni nama aku naiklah. Janganlah tak naik. Karang lambat pulak aku nak sah jawatan. Adoi. Aku kena rujuk kat PSM aku nanti.

Sunday, March 3, 2013

Kisah Seluar 3 Suku

Sob. Aku sedih. *ambik tisu lap hingus*

2 pasang seluar aku yang bersaiz 3 suku dah hilang. Warghhh. Sedih betul. Dua-dua favorite aku pulak tu. Satu yang aku biasa pakai buat jalan, satu lagi yang aku biasa pakai buat bersukan.

Oh seluar 3 suku, kembalilah kepadaku!!

Thursday, February 21, 2013

2 dan 6 Bulan

Hallo.

Nampaknya, kira dah lama jugak aku tak update blog. Dah bersawang dah aku tengok. Ish ish. Sekarang genaplah 2 bulan 3 hari aku di KPT. Banyak betul perkembangan. Aku baru 3 minggu diletakkan di bawah Unit Penawaran SLAB SLAI, MyBrainSc, dan JBS. Tapi bukan tu je. Ada banyak lagi. Mesyuaratlah, paper ke Jemaah menteri dan segala bagai lagi.

Tak menang tangan aku dibuatnya. Dahlah kapasiti staf terhad. Bayangkan 3 orang nak cover semua tu? Kejam betullah. Dahlah guidelines kabur. Ada yang ada, pastu ada yang takde. Banyak buat kerja ikut amalan. Susah!

Minggu lepas, aku berbengkel di Melaka dari 13 - 15 Feb 2013. Then balik aku turun office lama iaitu ICU, JPM. Rindu je rasa suasana kerja kat sana. Memang sangat berbeza.

Rindunya kat view ni; ICU, JPM
 Then petang tu kitorang ke Umai, Putrajaya sebab nak celebrate birthday Pengarah BPO, Dr Shahrazat. Aku pun tanpa malu menempel di situ. Haha. Makan Chicken Chop. Okay lah. Wife belanja. Kita datang dan makan.

Posing lepas makan!
Masuk hujung bulan ni, genaplah 6 bulan isteri aku pregnant. Berdebar rasanya. Jantina tak scan lagi. Tunggu 7 bulan la. Hehe. Okaylah. Malas nak merepek banyak sangat sebab bertimbun lagi kerja aku nak settle. Tolooong!

Friday, January 18, 2013

Ulangbulan Pertama

Harini 18.1.2013, maka genaplah ulangbulan pertama aku sejak pindah ke sini (18.12.2012). Cepat je masa berlalu. Nanti pejam celik pejam celik dah sampai bulan 4. Terus kena pergi DPA.

Aku menaip ni dekat ofis, tapi hanya pada waktu rehat. (Cek balik; Jumaat rehat jam 12.15pm - 2.45pm). Biasanya ni menguntungkan perempuan la. Boleh shopping ke, makan ke, lama sikit. Kalau yang lelaki, kena pergi sembahyang Jumaat.

Nasib baik ada surau dekat KPT ni yang boleh digunakan untuk sembahyang Jumaat. Dekatlah sikit aku nak berjalan kaki. Jarak mungkin dalam 500 meter. Cuma kena naik bukit sikitla. Habis tervakar lemak aku. Haha.

Kalau bercerita pasal kerja, aku cuba play safe kat sini. Sebabnya, cara kerja totally different between ministry and central agency. Serius! Tapi setakat ini okay lagilah. Cuma kadang-kadang ada je benda yang datang kat aku ikut "wahyu". Benci la. Sama macam kat ICU dulu. But kat ICU boleh control sikit. Kat sini? Agak susahlah. Haha.

Okay, malam ni nak ke Terengganu sampai ahad malam. Kena tinggalkan bini. Sob sob. Hoping bini and Rossa / Rossi dalam keadaan sihat hingga aku balik.

Hikhik

Tuesday, December 18, 2012

Pejabat Baru

Alhamdulillah aku dah ke Kementerian baru iaitu KPT bermula hari ini (18.12.2012) selepas menangguh hampir 7 hari.

Yang buat aku terkilan, penempatan rupanya tak dibuat lagi. Aku punyalah berkejar nak siapkan kerja kat sana. Bila sampai sini, kena duduk library dulu. Hati aku rasa sangat sebak dan sedih. Masa keluar lunch tadi dengan zaim, aku nak menangis dah tengok makanan dia. Aku tetiba teringat :

1. ikan bakar bukit tunggal
2. kedai makan di gong kapas
3. keropok lekor
4. nasi dagang
5. nasi lemak ikan aye
6. restoran mujarab
7. kedai makan dekat jabatan kimia
8. ikan baung kat kg telaga (hulu trg)
9. ikan baung kat jambatan senget (hulu trg)
10. restoran kat sempadan kemaman / pahang
11. kedai makan bukit yong (sempadan besut / kelantan)
12. restoran lempeng (marang)
13. durian kg basong
14. durian lak lok
15. musang king usop belanja
16. game badminton
17. tengok anak buah main futsal (even aku tak main)
18. lepak mamak mydin
19. shopping kat mydin / giant
20. jogging kat batu burok / bukit besar

Kalau nak cerita sebenarnya banyak lagilah yang aku rindukan. Nantilah aku smabung.

Wednesday, December 12, 2012

Malaysia vs Thailand

Salam 1 Malaysia.

Baru-baru ni aku baru je menonton perlawanan bola antara Malaysia vs Thailand bagi peringkat separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki. Untuk makluman, aku tak minat bola. Tapi sebab kawan baik aku ajak, maka aku pun tak menolak.

 Kesudahannya, Malaysia seri dengan Thailand : 1 - 1

Free seating. Tiket orang bagi!

Itu tokey "pembagi" tiket

Penuh youu!

Color headband dengan baju tak matching!
Next week aku akan berpindah dari ICU, JPM (Terengganu) ke KPT, Putrajaya. Sedih rasa nak pindah selepas 4 tahun menapak di situ. Hari-hari terakhir di Terengganu asyik buat aku sebak. Ini semua salah orang yang bertukar dengan aku sebab taknak tangguh. Mesti banyak kerja. Haha

Thursday, December 6, 2012

Futsal

Salam. Aku bukanlah orang yang gemarkan sukan futsal atau bola. Seriously, aku boleh kira berapa kali aku main bola dan berapa kali aku main futsal sepanjang hidup aku. Bermain sukan dengan kaki tidak bagus untuk aku. *alasan*

Malam tadi secara rasminya aku main futsal buat kali ke-4. Yeayy! Harus diraikan. Main hampir 40 minit tanpa henti. Penat youuu! Peluh menitik keluar tanpa henti. Tercungap-cungap. Yang kelakarnya aku tak pandai tendang bola. Satu pun tak gol. Kih kih.

Tapi saje support anak buah sebab tak cukup player kot. Macam biasa bila main suka melibatkan kaki, aku cramp saat-saat akhir. *sigh* Tapi aku enjoy. Next futsal? Tak tahu lagi bro!

Saturday, December 1, 2012

Mimpi ngeri

Aku mengalami dua kali mimpi ngeri malam tadi. Aku benci mimpi ngeri. Serius. Masa sesi mimpi ngeri pertama, aku terjaga jam 3.15am. Sangat pagi dan gelap. Hati aku terus berdegup laju hampir 10 - 15 minit. Aku terus tak boleh lelap. 

Aku cuba jugak baring dalam gelap sambil pejam mata. Pasang ipod konon nak tenangkan perasaan dan nak dapatkan mood tidur balik. Tapi tak boleh. Aku akhirnya tertidur jam 4.15am. Macam mana aku boleh tahu waktu tu jam 4.15am? Sebab masa tu aku sangat ngantuk dan terus cek HP.

Then second nightmare happened. Shit! Aku terjaga balik jam 4.35am. Benci benci. Aku rasa seram sejuk je. Bulu roma meremang sikit. Alahai. Lepas tu pulak siap dengar bunyi benda diketuk-ketuk kat luar. Shit!

Ok, tak baik mencarut. Dah dua malam dah asyik ada benda ketuk-ketuk kat luar. Aku tahu tu bunyi binatang, tapi please. Annoy okay!

Friday, November 23, 2012

Ikan Masak Masam Manis

Okay, since today is Friday, I'll cook something for me and my housemate. Minggu lepas, ada orang bagi aku 2 ekor ikan merah tanda dan seekor ikan kerapu. Sungguh besar dong. Makanya, tadi aku dengan gigih shopping bahan masakan sebab cadangnya nak masak masam manis.

Bahan-bahan perlu ada termasuklah ikan, sos cili, sos tomato, bawang merah, bawang putih, cili merah dan tomato. Tak lupa juga sedikit garam dan gula.

Itu dia bahan-bahannya!
Lepas habis masak (skip gambar memasak sebab tak snap pun gambar tadi), aku hidang atas meja. Nasi dimasak oleh housemate aku. Yang kelakarnya, masa masak tadi, gas habis. Ikan baru je separuh masak. Malu I tau. Terus berkejar ke kedai beli gas baru. Lama rasanya tak beli yang baru. Hampir 2 tahun. kikiki.

Mahu? Masaklahhh! Haha

Saturday, November 10, 2012

Macam ni pun ada? #4

Kalau betullah ini ejaan dia, maka francais ni kena baiki lagi mutu persembahannya. Kalau dah bahasa semudah tu pun salah, kan memalukan.

Lagi pulak siap pampang kat banner! Oh My English!

ps: kepada yang tak nampak, dia tulis "Kelantan Freid Chicklen"