Friday, January 27, 2012

Bercuti-cuti

Selamat pagi semua.

Ya, bersiaran kita kembali setelah sekian lama menyepi. Berapa lama ye agaknya? Tak ingat. Haha.

I just got back from Bandung this week. I went to Bandung from 19 - 22 January 2012 kelolaan Kelab Wisma Darul Iman. Luckily kami bayar tak mahal. Full package is RM1350. But we only have to pay 40% from the full amount. Which is RM560.

The trip was for 4 days and 3 nights. Iya, kami di sana buat aktiviti tak berfaedah. Jalan-jalan dan shopping sakan. Aku bawak duit sikit je pun. Tak sempat pun nak beli souvenir banyak-banyak. Sempat untuk beli mana yang sesuai untuk diberikan je.

Oklah, nak post gambar pun, gambar tak banyak. Sebab aku tak rajin nak mengambil gambar. Malas okay. Sempat ambik sikit-sikit je. Tu pun snap time jalan dengan Yusof. Kalau tak, malas lah aku nak snap nya.

Kami berbaju kuning selepas makan. Ke kami bertukar kuning? =P

Ini bergambar depan Hotel di Mangga Dua. Last day before balik.

Orang kata, jauh berjalan, luas pemandangan, Makanya, betul lah tu. Bila kita tengok negeri orang, baru kita tahu betapa bersyukurnya kita duduk di Malaysia. Sungguh. Kalau tak percaya, cubalah ke luar negara. Then you'll see.

Adios~

Sunday, December 25, 2011

Rindukan 2009

Salam 1 Malaysia.

Semalam aku jalan-jalan kat Pantai Batu Burok. Tiba-tiba aku teringat balik zaman 2009 bila mana aku duduk dengan Aleng, Bidi dan Hafiz. We used to hang out at that beach. Bila petang, confirm pusing-pusing bandar dan pantai.

Sekarang, masing-masing dah kahwin. Masing-masing dah duduk kat rumah sendiri. Tinggal aku je yang membujang. Haha, rezeki lambat.

Kat pantai ni lah kami hang out.

Tahun 2009 jugalah aku pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara. Ya, luar negara. Bukan calang-calang orang boleh pergi. Tanpa passport segala bagai. Redah naik perahu je walaupun jarak tak sampai 10 meter dari sempadan Malaysia.

Nama tempat ni Mundok, Thailaind

Tahun 2009 juga menggamit kenangan yang aku tak boleh lupa. Lepak kat Tasik Kenyir dengan Taukey Kenyir; Bidi. Taukey lah sangat kan. Aku banyak kali gak pergi ke sana. Saja lepak-lepak dan buang masa.

Sexeh tak Seven aku?

Juga aku tak boleh lupa bila mana pada tahun tu jugak, aku banyak hang out kat Pantai Pandak, Chendering. View dia mak aii, lawa gila babas! Tidak syak lagi. Aku recommend sapa yang tak pernah pi lagi, ambik masa pi sana.

Background batu pantai. Phewwww

Aku rasa, tahun 2009 lah tahun yang paling banyak menggamit perasaan aku. Jiwang je rasa kan? Tahun 2010 pun tak dilupa sebab itulah tahun aku bertunang. =)

Tata!