Well, semalam aku dengan sengaja telah pergi menonton Pertandingan Futsal peringkat KWDI di Gong Badak. Berkat kehadiran aku, team Pejabat kami menang, Percaya tak? Bila menang, depa terus bagi hadiah. dapatlah atlit-atlit ni periuk nasi 1.8L. Aku pun tetiba dapat sebab si YM Faisal tak nak. Dah banyak katanya.
Lepas tu, disebabkan aku takde apa nak buat sebab game habis awal sangat, aku pun singgahlah ke Giant bajet nak refleksologi n shopping. Tengah reflexology, pakcik tu bagitahu aku ada high cholestrol, ada banyak angin dalam badan, ada banyak asid urik.
Berdebor eden. Eceh. Lalu aku bertanya "nak settle macam mana pakcik semua sakit tu?" Lalu dengan mata bercahaya pakcik tu cakap "bekam". Aku pun buatlah bekam lepas reflexology.
Ni pulak tempat rawatan yang aku gatal-gatal nak pergi. |
Pakcik pengurut dan pembekam |
Kesan bekam. Ada 10 semuanya. Haha. Aku rasa seksilah pulak. |
Semalam sahaja aku habiskan RM180 untuk reflexology dengan bekam. Bayar jelah walaupun mengalir air mata. Untuk kesihatan katanya. =P
1 comment:
uuu sexayy! ;)
Post a Comment