Bila bercakap pasal makan, semua orang ada feveret food memasing. Aku pun ofkos lah tak terkecuali kan. Ada satu kedai dekat Marang yang aku rajin singgah kalau merayau ke Kemaman, Dungun dan Marang. Kedai ni namanya RESTORAN LEMPENG. Tengok nama restoran pun dah boleh agak apa menu utama dia. Ofkoslah Lempeng! Jangan mengada-ngada kata Pizza pulak.
Kat restoran ni, lempeng yang disediakan adalah lempeng nyior. Lepas tu siap ada ketupat sotong dan air kelapa. Rojak keting pun ada. My faveret food di sini adalah lempeng nyior. Murah je. Tapi selalunya orang yang belanje. Kahkah. TQ kepada yang belanje!
Inilah restorannya. Jemput makan kalau lalu sini. |
Lately jugak aku tetibe jadi rajin nak makan makanan yang dibakar instead of goreng. Why? Ofkoslah for the sake of getting less fats and calories. Aku siap beli bekas tempat nak membakar. Last 2 weeks aku beli daging kambing 3 ketul. Aku perap dengan BBQ sauce sejam lebih then bakar. Memang masyuk. Aku makan semua tanpa hiraukan orang lain di rumah. Maaf ye. Lain kali aku buat lebih pulak untuk orang-orang di rumah. Hehe.
Nah, kambing bakar! |
Harini pulak aku dengan gagahnya telah memanjat Bukit Besar di depan Mydin Mall. Aku patutnya pergi dengan Syawal. Tapi beliau lewat kerana katanya ada hal. Last-last aku dapat tahu dia kena saman sebab potong kat double line. Terbang RM300.
So aku pun panjatlah sendiri. Berpeluh aku panjat. Semput pulak tu. Takde stamina langsung. Kalah dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang siap boleh potong aku lagi. Damn! Memalukan! Bukit takdelah tinggi mana. Aku siap nampak ada budak boleh jogging masa nak naik bukit. Jeles betul aku! Aku mampu jalan je. Sob sob. Tapi akhirnya berjaya jugak sampai ke puncak. Aku ambik masa 17 minit untuk naik dan 10 minit untuk turun. Esok lusa aku nak try lagi. Kot-kot boleh lagi laju daripada harini. Kan?
View dari atas bukit. |