Thursday, June 14, 2012

Durian

Aku rasa, musim Raja Buah bermaharajalela dah kembali. Aku tetiba boleh nampak raja buah ni kat tepi-tepi jalan besar, jalan kecik, mall, etcs.

Petang tadi aku sempat singgah Setiu makan 4 biji durian. Aku kongsi 3 orang. Buncit aku kalau makan sekali 4 biji sendirian. Haha. Nasib murah, RM5 je sekilo. Aku pilih 2 biji, rasa sangat sedap. 1 dipilih Mat Su, tak sedap! Dan sebiji lagi dipilih oleh Sukeri, jugak tak sedap! Haha.

Next week nak merayap ke Hulu Terengganu pulak makan durian lagi! Hidup durian!

kesian makcik tu kena kopek durian. aku yang paksa. haha

Tuesday, June 12, 2012

Oh, Awana Kijal!

Semalam aku ke Awana Kijal untuk bekerja. Sekali lagi, untuk bekerja. Bukan bercuti. Alang-alang, mandi kolam se round sambil tayang tatu baru. Bajet mat salleh lah pulak tatu segala bagai. Haha.

Malas cakap banyak. Ini entry untuk enjoice. Sila enjoice. Lol!

My new tattoo! Kau ada?

Snap sikit dalam bilik hotel.

Singgah makan Big Apple dulu.

Ingat nak pow boss untuk belanja Big Apple. Tapi boss buat-buat tak paham. Very the what the fish ball. Takpelah, aku pun beli 2 dozen makan untuk 15 orang. RM50 je. Hakhak.

Takrawing

Ok, jam dah 6 petang. Budak-budak takraw pun dah sampai. Moh kita bertakraw dulu. Err, aku tak main. Aku tukang buat air je. Haha


Sunday, June 10, 2012

Futsal dan ....

Well, semalam aku dengan sengaja telah pergi menonton Pertandingan Futsal peringkat KWDI di Gong Badak. Berkat kehadiran aku, team Pejabat kami menang, Percaya tak? Bila menang, depa terus bagi hadiah. dapatlah atlit-atlit ni periuk nasi 1.8L. Aku pun tetiba dapat sebab si YM Faisal tak nak. Dah banyak katanya.

Ni atlit-atlitnya. Mana aku? Carilah..

Lepas tu, disebabkan aku takde apa nak buat sebab game habis awal sangat, aku pun singgahlah ke Giant bajet nak refleksologi n shopping. Tengah reflexology, pakcik tu bagitahu aku ada high cholestrol, ada banyak angin dalam badan, ada banyak asid urik. 

Berdebor eden. Eceh. Lalu aku bertanya "nak settle macam mana pakcik semua sakit tu?" Lalu dengan mata bercahaya pakcik tu cakap "bekam". Aku pun buatlah bekam lepas reflexology.

Ni pulak tempat rawatan yang aku gatal-gatal nak pergi.

Pakcik pengurut dan pembekam

Kesan bekam. Ada 10 semuanya. Haha. Aku rasa seksilah pulak.

Semalam sahaja aku habiskan RM180 untuk reflexology dengan bekam. Bayar jelah walaupun mengalir air mata. Untuk kesihatan katanya. =P

Saturday, June 9, 2012

Satay Darul Salam

Kat sini, ada satu kedai satay yang jadi feveret aku. Orang kata, satay Jabi is the best. But I would say the other way around. This one is better. Tapi, lidah rasa lain-lain. Aku tetap kata yang ni the best dari satay Jabi.

Why? Sebab harga lagi murah; RM0.50 sebatang berbanding satay Jabi; RM0.60 sebatang. Isi lagi tebal dan besar. Dan, nasi himpit dia sedappppp! Hahaha.

Nama kedai dan nombor untuk call kalau nak order.
Patutlah sedap, tukang bakar pompuan. =P
Ha, ni yang dah siap bakar.

Tapi these few days, kedai ni tutuplah. Keji. Aku mengidam dah ni nak makan satay. Ke, tokey kedai dah bersalin? Hish..

Macam ni pun ada? #2

Yang ini pulak bunyi agak sedikit lucah. Kan? LOL!

Nama asal Tanjung Putat. Bila jadi macam ni, geli pun ada. Haha

Macam ni pun ada? #1

Sedang aku berjalan melihat-lihat hasil projek yang aku selia, aku ternampaklah nama kampung ini. Sungguh WTF! Haha.

Tukar nama please!